Aug 5, 2012

Memahami masa lampau, Merancang masa depan...

Assalamualaikum.....Salam Ramadhan......




Pada setiap tahun, 1 hingga 7 Ogos merupakan "Minggu Penyusuan Ibu Sedunia". Tema pada tahun ini adalah..."Understanding the past, planning the future... Seperti tertera pada logo di bawah.







Umi Ahmad tertarik dengan tema ini dan umi ahmad terjemahkan seperti berikut: memahami masa lampau, merancang masa depan... Tema ini amat berkait dengan sejarah penyusuan umi ahmad sendiri.


Idola penyusuan umi ahmad sudah tentunya ibu yang tercinta Pn Saudah Mohmed.... Sejak umi ahmad dilahirkan pada Julai 1978, emak berhenti kerja demi memelihara umi ahmad dan 7 adik yang lain. Bukan itu sahaja, malah kami 8 beradik telah diberikan rezeki yg tidak ternilai harganya yg Allah berikan pada bayi2 di dunia ini, iaitu titisan emas... Susu ibu... Sejak lahir sehinggalah kami berumur 2 tahun. Walaupun 34 tahun berlalu, limpahan kasih itu masih dirasai....


Gambar emak bersama puteri-puteri dan putera umi ahmad...




Di masa lalu, umi ahmad pernah menyaksikan emak menyusukan adik, di rumah, di super market (dulu-dulu kalau nak raya selalunya pergi Globe Silk Store), pada bulan puasa dan bila-bila masa saja sehingga adik-adik berumur 2 tahun.


Apabila telah terdedah kepada suasana penyusuan sejak kecil sehingga alam remaja, maka umi ahmad telah bertekad untuk menyusukan anak-anak umi ahmad sejak kelahiran Nur Aqilah, puteri sulung umi ahmad...


Setelah berjaya menyusukan Nur Aqilah walaupun penuh liku, almaklumlah kelahiran pertama, posisi pun tak berapa betul.... kemudian, diikuti pula dengan penyusuan Nur Asiah, juga penuh cabaran... Semasa proses meneruskan penyusuan Aqilah dan Asiah, umi ahmad berhadapan dugaan Allah SWT, di mana umi ahmad sedang melanjutkan pelajaran dan menghadapi peperiksaan akhir... Kesan kepada stress tersebut, rembesan oksitosin pun berkurangan... Namun, Alhamdulillah umi ahmad dapat juga meneruskan penyusuan sehingga 18 bulan...


Kini, umi ahmad sedang menyusukan Ahmad yang berumur 21 bulan dan berharap dapat meneruskannya sehingga 24 bulan...Insya Allah...


Bagi memberi pendedahan kepada anak-anak, umi ahmad sentiasa membawa anak-anak ke program-program mengenai penyusuan ibu, seperti SGM, seminar dan lawatan ibu di rumah. Disamping berkongsi ilmu penyusuan dapat juga umi ahmad memberi pendedahan kepada mereka dengan harapan agar fitrah ini tidak hilang di bawa arus pembangunan.....





Segala yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri umi ahmad sendiri... Selamat beribadah di bulan Ramadhan...dan Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Sedunia....

No comments:

Post a Comment