Jul 17, 2012

Penyusuan ibu di bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t

Marhaban ya Ramadhan... Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.
Bulan yang penuh keberkatan. Bulan umat Islam berlumba-lumba beribadah.

Namun, disebalik kegembiraan menjelangnya Ramadhan, ada ibu-ibu yang risau, runsing, bimbang... terutama ibu yang pertama kali menyambut Ramadhan bersama insan kecil yang dicintainya, yang sentiasa dahagakan titisan emas ibunya. 
Pelbagai persoalan yang timbul.....kerana di bulan Ramadhan si ibu menahan lapar dan dahaga....

Adakah mampu si ibu berpuasa sambil menyusukan anaknya?
Adakah susu ibu cukup semasa ibu berpuasa ?
Adakah susu ibu masih berkhasiat walaupun ibu itu berpuasa?

Untuk membantu ibu-ibu yang di dalam dilema ini, umi ahmad ingin berkongsi sedikit ilmu yang umi ahmad telah kongsikan bersama ibu-ibu semasa seminar penyusuan ibu di bulan ramadhan pada awal Julai yang lalu... 

Umi ahmad ingin sangat berkongsi ilmu dengan ibu-ibu semua kerana semasa penyediaan topik ini, umi ahmad menemui suatu nikmat kurniaan Allah SWT iaitu khasiat yang terkandung di dalam buah kurma yang boleh membantu ibu-ibu menyusu di bulan Ramadhan...

Hayatilah slide dibawah ini, semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu ibu-ibu sekelian...
Sekiranya ada persoalan, boleh hubungi umiahmadshoppe@gmail.com
Yakinlah dengan Allah dan percayalah pada diri sendiri...
Insya Allah...






 * terdapat kesilapan pada poster ini, bukan 6 tahun, tapi 6 bulan



* penghasilan susu tidak bergantung kepada berapa banyak air atau makanan yang kita ambil... yang penting adalah konsep 'demand' dan 'supply' *
* tetapi kalau ibu kekurangan air terlampau, akan mempengaruhi penghasilan susu






















No comments:

Post a Comment