Feb 27, 2012

Uniknya ciptaan Ilahi

Uniknya areola 
(kawasan hitam disekeliling puting)







Areola berubah semasa mengandung; menjadi lebih gelap dan besar. Perubahan ini berlaku akibat penghasilan hormon 'human placental lactogen' dan prolactin yang tinggi semasa mengandung. Ini merupakan satu persediaan untuk penyusuan selepas bayi lahir.

Areola merupakan kawasan penting untuk pelekapan bayi semasa penyusuan, bukannya puting.


Areola mempunyai bau yang akan merangsang bayi untuk menyusu. Oleh itu penting untuk memulakan sentuhan kulit ke kulit antara bayi dan ibu seawal yang mungkin selepas bayi lahir

'Montgomery tubercles/glands' (benjolan@ kecil) pada areola juga bertambah semasa mengandung. Walaupun kecil, fungsinya amat penting;
1) memberi kelembapan pada areola
2) terdapat 'antimikrobial' (pembunuh kuman)
3) memberi bau pada areola

Sekiranya ibu mempunyai lebih banyak 'Montgomery tubercles/glands';
1) bayi akan mempunyai pelekapan dan penghisapan yang lebih baik 2) peningkatan berat badan bayi yang lebih baik pada usia seminggu yang pertama


Begitu agungnya ciptaan Allah Taala.... walaupun areola hanyalah sebahagian kecil payudara.. tapi lihatlah fungsinya....
SUBHANALLAH....




Feb 26, 2012

Assalamualaikum...

Salam perkenalan....selamat datang ke umi ahmad shoppe....

Blog ini akan menyajikan info-info bagi membantu ibu2 dalam menjayakan penyusuan ibu....Malah perkongsian ilmu di sini dapat membantu saya juga dalam mewarnai perjalanan penyusuan saya sendiri....

Disamping itu, umi ahmad shoppe ada menjual pelbagai barangan yang dapat menyokong penyusuan ibu....

Semoga anda semua mendapat manfaat daripada apa yang disajikan...

Bermotokan... "caring is sharing"..."every baby deserve to breastfeed"...