Mar 22, 2012

Breastpump.....yang mana sesuai?



ALHAMDULILLAH.... sekarang ni sudah ramai ibu-ibu bekerja yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.  Perkara ini telah termaktub di dalam Al -Quran... hayati ayat dibawah...







Namun, dalam ingin meneruskan niat murni ini, pelbagai DILEMA timbul. Antaranya:

1) Bagaimana ingin meneruskan penyusuan selepas tamat cuti bersalin?
2) Pam apa yang sesuai?
3) Siapa yang jaga bayi semasa ibu bekerja?
4) Taska mana yang boleh mengendalikan susu ibu?
5) Boleh ke nak perah susu masa kerja?
6) Ada masa ke nak perah susu semasa bekerja?
7) Cukup ke susu perahan untuk bayi?

Dan pelbagai lagi persoalan....Untuk celoteh kali ini, umi ahmad ingin membantu ibu-ibu yang mempunyai dilema untuk memilih pam susu yang sesuai....


Di pasaran, terdapat pelbagai jenama dan jenis pam susu... 

- yang murah atau yamg mahal
- satu pam (single pumping)  atau dua pam (double pumping)
- manual atau elektrik atau battery 
- jenama komersial atau tidak komersial

Sebelum memasuki alam bekerja selepas bersalin, ibu-ibu perlu memastikan perkara asas penyusuan telah dipenuhi. Apa perkara asas tersebut?

1) Beri penyusuan bayi mengikut kehendak bayi, bukan ikut jam ye...

Apabila memberi susu mengikut kehendak bayi bukannya ikut jam, ia akan memberi rangsangan bagi penghasilan susu yang cukup untuk bayi kita




2) Pastikan teknik menyusu yang betul dari segi posisi dan pelekapan bayi

Teknik penyusuan  yang betul juga membantu memberi rangsangan yang optima untuk menghasilkan susu, disamping mencegah masalah luka pada puting, radang pada puting dan sebagainya



PAM YANG TERBAIK ADALAH BAYI KITA...........


3) Beri susu ibu sekerap mungkin, elak penggunaan puting


BAGAIMANA memilih pam yang sesuai? Ia mengikut kesesuaian tugas dan kemampuan kita....

Beberapa persoalan perlu diambil kira sebelum memilih pam....

1) Berapa kerap ingin kita pam- setiap hari @ kadang-kadang saja...
2) Selalu keluar pejabat dan ingin melakukan kerja2 semasa mengepam? ( hands free)
3) Adakah ibu bercadang menggunakan pam tersebut untuk anak-anak yang akan datang?
4) Berapa lama ibu ingin menggunakan pam tersebut?
5) Adakah ibu ingin meningkatkan pengeluaran susu dengan pam tersebut?
6) Berapakah bajet ibu untuk membeli pam?

Terdapat beberapa jenis pam di pasaran...

1) Hospital grade pump
2) Personal used breast pump
3) Battery operated/ small electric pump
4) Manual pump

Sesebuah pam perlu berfungsi mengepam seakan-akan bayi menyusu di payudara. Kajian menunjukkan bahawa bayi menghisap pada tekanan 200 hingga 220mm Hg, dan kadar hisap dan telan sebanyak 40 hingga 60 kali seminit. Dan, hisapan bayi pada mulanya agak laju; sehingga 'let down/milk ejection reflex'  (terasa susu  keluar) yang mana hisapannya agak perlahan.





Setelah pilih pam, kita juga perlu pilih corong pam yang sesuai. Ini kerana corong ini datang dalam pelbagai saiz. Kalau guna corong yang tidak sesuai akan menyebabkan komplikasi seperti luka pada puting, perahan susu tidak efektif dan sakit selepas mengepam.





Di bawah adalah contoh pemilihan pam yang dikeluarkan oleh medela, boleh digunapakai untuk memilih jenis pam yang bersesuaian dengan kehendak kita (tidak semestinya jenama medela)

Selain pam, boleh juga guna teknik perahan tangan, dan ia juga efektif....
Perah dengan tangan lebih mudah, tidak perlu alat 
Cuma yang perlu: tangan yang bersih dan bekas yang bersih
Ikuti penerangan dibawah ini: 







SEMOGA PERKONGSIAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU IBU-IBU YANG DALAM DILEMA BAGAIMANA MEMILIH PAM
WALLAHU'ALAM










No comments:

Post a Comment