Mar 22, 2012

Breastpump.....yang mana sesuai?



ALHAMDULILLAH.... sekarang ni sudah ramai ibu-ibu bekerja yang menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga bayi berumur 2 tahun.  Perkara ini telah termaktub di dalam Al -Quran... hayati ayat dibawah...







Namun, dalam ingin meneruskan niat murni ini, pelbagai DILEMA timbul. Antaranya:

1) Bagaimana ingin meneruskan penyusuan selepas tamat cuti bersalin?
2) Pam apa yang sesuai?
3) Siapa yang jaga bayi semasa ibu bekerja?
4) Taska mana yang boleh mengendalikan susu ibu?
5) Boleh ke nak perah susu masa kerja?
6) Ada masa ke nak perah susu semasa bekerja?
7) Cukup ke susu perahan untuk bayi?

Dan pelbagai lagi persoalan....Untuk celoteh kali ini, umi ahmad ingin membantu ibu-ibu yang mempunyai dilema untuk memilih pam susu yang sesuai....


Di pasaran, terdapat pelbagai jenama dan jenis pam susu... 

- yang murah atau yamg mahal
- satu pam (single pumping)  atau dua pam (double pumping)
- manual atau elektrik atau battery 
- jenama komersial atau tidak komersial

Sebelum memasuki alam bekerja selepas bersalin, ibu-ibu perlu memastikan perkara asas penyusuan telah dipenuhi. Apa perkara asas tersebut?

1) Beri penyusuan bayi mengikut kehendak bayi, bukan ikut jam ye...

Apabila memberi susu mengikut kehendak bayi bukannya ikut jam, ia akan memberi rangsangan bagi penghasilan susu yang cukup untuk bayi kita




2) Pastikan teknik menyusu yang betul dari segi posisi dan pelekapan bayi

Teknik penyusuan  yang betul juga membantu memberi rangsangan yang optima untuk menghasilkan susu, disamping mencegah masalah luka pada puting, radang pada puting dan sebagainya



PAM YANG TERBAIK ADALAH BAYI KITA...........


3) Beri susu ibu sekerap mungkin, elak penggunaan puting


BAGAIMANA memilih pam yang sesuai? Ia mengikut kesesuaian tugas dan kemampuan kita....

Beberapa persoalan perlu diambil kira sebelum memilih pam....

1) Berapa kerap ingin kita pam- setiap hari @ kadang-kadang saja...
2) Selalu keluar pejabat dan ingin melakukan kerja2 semasa mengepam? ( hands free)
3) Adakah ibu bercadang menggunakan pam tersebut untuk anak-anak yang akan datang?
4) Berapa lama ibu ingin menggunakan pam tersebut?
5) Adakah ibu ingin meningkatkan pengeluaran susu dengan pam tersebut?
6) Berapakah bajet ibu untuk membeli pam?

Terdapat beberapa jenis pam di pasaran...

1) Hospital grade pump
2) Personal used breast pump
3) Battery operated/ small electric pump
4) Manual pump

Sesebuah pam perlu berfungsi mengepam seakan-akan bayi menyusu di payudara. Kajian menunjukkan bahawa bayi menghisap pada tekanan 200 hingga 220mm Hg, dan kadar hisap dan telan sebanyak 40 hingga 60 kali seminit. Dan, hisapan bayi pada mulanya agak laju; sehingga 'let down/milk ejection reflex'  (terasa susu  keluar) yang mana hisapannya agak perlahan.





Setelah pilih pam, kita juga perlu pilih corong pam yang sesuai. Ini kerana corong ini datang dalam pelbagai saiz. Kalau guna corong yang tidak sesuai akan menyebabkan komplikasi seperti luka pada puting, perahan susu tidak efektif dan sakit selepas mengepam.





Di bawah adalah contoh pemilihan pam yang dikeluarkan oleh medela, boleh digunapakai untuk memilih jenis pam yang bersesuaian dengan kehendak kita (tidak semestinya jenama medela)

Selain pam, boleh juga guna teknik perahan tangan, dan ia juga efektif....
Perah dengan tangan lebih mudah, tidak perlu alat 
Cuma yang perlu: tangan yang bersih dan bekas yang bersih
Ikuti penerangan dibawah ini: 







SEMOGA PERKONGSIAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU IBU-IBU YANG DALAM DILEMA BAGAIMANA MEMILIH PAM
WALLAHU'ALAM










Mar 12, 2012

Limpahan kasih... dalam susu ibu

Susu ibu adalah hak semua bayi yang lahir ke dunia ini....kerana ia merupakan makanan yang memberikan rasa kasih dan cinta seorang ibu kepada anaknya

MENGAPA SUSU IBU DINAMAKAN MAKANAN YANG BOLEH MEMBERIKAN CINTA, KASIH DAN SAYANG YANG TIDAK TERHINGGA?

ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA AGUNG. SETIAP CIPTAAN-NYA MELAMBANGKAN KEAGUNGAN-NYA

PERNAH DENGAR HORMON OXYTOCIN?
IKUTI 5 FAKTA TENTANG OXYTOCIN

Oxytocin adalah hormon yang dirembeskan daripada otak. Hormon oxytocin ini (menurut kajian) digelar juga sebagai hormon cinta, hormon ketenangan dan hormon pemulihan.

Oxytocin bukan hanya ada pada wanita, ia juga ada pada lelaki.

Oxytocin menjalankan tugasnya di otak, payudara dan rahim (uterus).

Oxytocin secara umumnya, bertindak meningkatkan rasa ketenangan, penerimaan dan memupuk kasih sayang.

Oxytocin yang dirembes semasa penyusuan dapat memberikan ketenangan kepada si ibu dan bayi, mengurangkan stress si ibu dan meningkatkan keinginan ibu untuk berinteraksi dengan bayinya.



BAGAIMANA OXYTOCIN DIREMBES SEMASA PENYUSUAN, SEKALIGUS MERANGSANG PENGELUARAN SUSU?

Bermula dengan bayi menghisap susu pada areola dan puting.
Oleh itu, semasa menyusu amatlah penting untuk memastikan posisi bayi dan pelekapan bayi adalah betul. Ini kerana posisi bayi yang betul menentukan pelekapan yang betul, agar rangsangan pada areola dan puting adalah di tahap optima, bagi merangsang penghasilan oxytocin.

Rangsangan pada areola dan puting akan merangsang perembesan oxytocin daripada kelenjar pituitari di otak. Apabila oxytocin dirembeskan, maka ia akan menggalakkan pengeluaran susu oleh payudara.

Selain daripada meningkatkan pengeluaran susu, oxytocin juga mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Oleh itu, risiko pendarahan selepas bersalin juga berkurangan.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENINGKATKAN PENGHASILAN OXYTOCIN SEMASA MEMERAH SUSU DI PEJABAT ?

Mendengar tangisan bayi (rakam tangisan bayi anda, agar boleh diperdengarkan semasa memerah susu)

Mengingati gelagat bayi anda

Melihat gambar bayi anda

Memerah susu pada jam/waktu yang sama dengan bayi kita menyusu

APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PENGHASILAN OXYTOCIN?

Takut

Risau

Sakit

Perasaan malu




Diharap dengan perkongsian di atas dapat menyemarakkan lagi semangat ibu2 untuk menyusukan bayi., serta membantu ibu2 menjayakan penyusuan ibu selama 2 tahun. Insya Allah...

Mar 9, 2012

Baju penyusuan @ UMI AHMAD SHOPPE

Baju penyusuan adalah antara barangan yang amat digemari oleh ibu2 yang menyusu. Ia dapat membantu ibu menyusu bayi dimana jua mereka berada. Oleh itu, ibu-ibu tidak perlu risau lagi untuk menyusu bayi di khalayak ramai.

@ Umi Ahmad Shoppe yang menyokong penyusuan ibu, ada juga menjual baju2 menyusu yang cantik untuk anda pilih pada harga yang berpatutan.

Sekiranya berminat, hubungi kami di umiahmadshoppe@gmail.com

My Lovely Closet - Classy Front Tie

- lengan panjang
- selak sahaja bahagian depan ke tepi untuk menyusu
- diperbuat daripada kain yang lembut dari Indonesia
- RM 70


My Lovely Closet - Gorgeous Lace Long Sleeve (Olive Green/Purple)

- lengan panjang
- selak bahagian depan ke tepi untuk menyusu
- fabrik 'cotton spandex' dari Jepun
- RM 70


My Lovely Closet - Classic Ruffles Unique Sleeves (Maroon/Black)

- lengan 3/4
- buka butang dan selak bahagian dalam untuk menyusu
- fabrik 'cotton spandex' dari Jepun
- RM 80

C-Tat Shikin (Biru/Ungu)

- T-shirt yang lembut
- 2 pilihan warna:
- Selak di hadapan untuk menyusu
- RM 60

Amyra-pink/hitam

- blouse labuh
- material yang lembut
- selak bahagian hadapan untuk menyusu
- RM 65

SELAMAT MEMILIH KOLEKSI UMI AHMAD SHOPPE

Mar 4, 2012

Bantal penyusuan @ Umi Ahmad Shoppe

Perlu ke bantal penyusuan?


Apa2 bantal pun boleh digunakan untuk mengampu bayi semasa menyusu, tetapi adakah ia benar2 memberi keselesaan kepada ibu dan bayi?


Bantal penyusuan telah direka khusus untuk ibu2 menyusu dalam menjayakan penyusuan ibu...


Bantal ini dapat memberi keselesaan kepada ibu dan bayi semasa menyusu...


Bantal ini juga boleh membantu ibu dalam posisi yang betul semasa penyusuan...


Posisi yang betul akan menghasilkan pelekapan bayi yang betul, seterusnya dapat membantu si ibu dalam menjayakan penyusuannya....


@ umi ahmad shoppe kami memilih bantal penyusuan MLO, ini kerana bantal ini sangat selesa dan lembut...ini berdasarkan pengalaman umi ahmad sendiri...


Malah, anak2 umi ahmad yang dah besar pun suka kan bantal ni dan selalu dijadikan pelapik kepala semasa menonton tv...


Seperti yg umi ahmad selalu pesan, pilih ikut keperluan dan kemampuan...jadilah pengguna yang bijak...


Sekiranya berminat, sila tempah melalui umiahmadshoppe@gmail.com



BASIC :



  • 2 pilihan warna: hijau dan oren




  • corak jalur- jalur




  • RM 110











  • PREMIUM



  • bercorak ABC




  • 2 pilihan warna: pink dan biru




  • RM 130


  • PAKEJ BABY @ UMI AHMAD SHOPPE


    PAKEJ BARUT 
    HANYA @
    UMI AHMAD SHOPPE....





    Kelahiran insan baru ke dunia ini akan membuahkan kegembiraan yang tidak terhingga terutamanya bagi yang pertama kali bergelar ayah dan ibu...


    Kegembiraan ini juga dapat dirasai oleh kaum keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga...


    Sudah menjadi budaya murni di Malaysia ini menziarahi insan yang baru lahir ini....


    Kebiasaannya tetamu datang dengan buah tangan buat insan yang comel dan istimewa ini....


    Di umi ahmad shoppe, kami  menyediakan pakej barut dan tungku bayi untuk dijadikan hadiah buat insan yang baru mengenal dunia ini...


    Ia bukan sekadar buah tangan, tetapi buah tangan yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada insan comel yang baru lahir ini...Insya Allah...


    @ umi ahmad shoppe, kami menyediakan 5 pakej yang pelbagai warna bersesuaian dengan jantina bayi.....


    Pakej ini terdiri daripada :
    • 5 helai barut bertali bercorak
    • 1 biji tungku bayi yang di dalamnya mengandungi: habatus sauda, lada hitam, kulit bawang merah dan putih
    • Beg plastik comel bercorak
    • Harga satu pakej: RM 50

    Sekiranya berminat, hubungi umiahmadshoppe@gmail.com





    PAKEJ 1






    PAKEJ 2








    PAKEJ 3









    PAKEJ 4










    PAKEJ 5

    Mar 3, 2012

    PAKEJ @ UMI AHMAD SHOPPE




    PAKEJ INI HANYA TERDAPAT DI 
    UMI AHMAD SHOPPE.....

    ADA DUA PILIHAN WARNA BOTOL BIRU DAN PINK

    DI PEK DALAM BEG PLASTIK BERCORAK


    SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI HADIAH KEPADA RAKAN KITA YANG DALAM PANTANG (dapat memberi semangat untuk meneruskan penyusuan ibu)


    SELAMAT MEMILIH


    PAKEJ BIRU

    3 BIJI BOTOL 5 oz
    1 BIJI ICE PACK
    1 BEG PLASTIK BERCORAK
    RM 30




    PAKEJ PINK

    3 BIJI BOTOL 5 oz
    1 BIJI ICE PACK
    1 BEG PLASTIK BERCORAK
    RM 30



    MILK STORAGE @ UMI AHMAD SHOPPE


    Pemilihan bekas simpanan susu juga sama pentingnya dengan pemilihan pam susu. Pilih mengikut keperluan dan kemampuan....
    Kesemua botol dibawah sesuai dengan kebanyakan pam susu (saiz standard)

    Untuk tempahan sila hubungi umiahmadshoppe@gmail.com




            


            
    • 2 oz 
    • menjimatkan ruang penyimpanan
    • mengurangkan pembaziran susu (jika susu tidak habis diminum)
    • 10 botol/pek
    • RM 30





                                                  
                                                                     

    • 5 oz 
    • 6 botol/pek
    • RM 35




                
       
                                            
    • 5 oz 
    • 3 botol/pek
    • RM 12

                

    • 5 oz 
    • 6 botol/pek
    • RM 24