Jun 16, 2012

SGM 3 at Kemaman

Alhamdulillah, sekali lagi diizinkan Allah, umi ahmad berkesempatan menyertai Sgm 3 bersama Ain Qaseh Bonda di Kemaman. Sambil standby di Hospital Kemaman dapat juga ber SGM. Topik kali ini adalah Penyusuan Ibu: tersurat dan tersirat.
Perkongsian ilmu yg sentiasa memberi umi ahmad semangat utk meneruskan penyusuan dan membantu ibu2 lain utk menjayakan penyusuan.

Topik penyusuan ibu: Apa yg tersurat?

1) Yang nyata tersurat sejak 1400 tahun lalu adalah di dalam Al-Quran:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya. Dan jika kamu hendak memberi anakanak menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan upah yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan (Surah Al Baqarah : ayat 233)

2) Daripada ayat di atas, kita telah diberi gambaran yg susu ibu sahaja yg sesuai bagi bayi sehingga berumur 2 tahun. Apakah hikmah disebalik penyusuan ini. Biasanya kita akan memperkatakan tentang kebaikan susu ibu, tetapi kali ini kami ubah, apa yg berlaku jika tidak menyusukan bayi? Maksudnya soalan ini adalah sama tapi impak jawapan nya sahaja yg berbeza.

Jika tidak menyusu dengan susu ibu... 
Bayi berisiko untuk menghidap:
asma
alahan
jangkitan telinga
jangkitan paru-paru
obesiti
kurang zat besi
SIDS
Diabetes
masalah penghadaman
kanser: leukimia
Terdedah kepada pencemaran
masalah gigi

Ibu pula berisiko untuk menghidap:
Diabetes
kanser payudara
osteoporosis obesiti
tekanan darah tinggi
kurang jarak kehamilan
kanser ovari
Kanser rahim
penyakit jantung

Itu yg tersurat, apa pula yg tersirat?

Yang tersiratnya adalah bagaimana menjayakan penyusuan ibu ini. Ramai ibu2 yg ingin memberikan susu ibu kepada bayi mereka, namun pelbagai dugaan yg menimpa. Terutama ibu2 yg bekerja. Inilah objektif utama Sgm (support group meeting). Disamping perkongsian ilmu mengenai penyusuan ibu, dapat juga mengurangkan tekanan daripada masalah penyusuan yg dihadapi.

Yg tersirat kali ini adalah bagaimana ingin mengekalkan pengeluaran susu ibu bagi ibu2 yg bekerja?
1) Bangun lebih awal, utk memerah susu (antara 3am hingga 5 am). Susu byk dihasilkan pada waktu malam, kerana hormon prolaktin (yg membantu penghasilan susu) byk di waktu malam.

2) sebelum berpisah dgn bayi, susukan bayi terlebih dahulu.

3) sewaktu bekerja selama 8 jam (8am hingga 5 pm), perlu perah susu dgn tangan @ pam sbyk 3 x (pukul10am, pukul 1 pm, pkl 4 pm) sepanjang waktu bekerja, sekurang2nya 15 minit setiap sesi mengepam. Kalau boleh adakan jadual tetap  kalau tidak boleh ada jadual tetap ikut kemampuan masa ibu2.

4) apabila pulang dari kerja, hanya beri direct breastfeeding. Skin to skin dapat meningkatkan hormon oxytocin yg membantu pengeluaran susu ibu

5) Dan kalau ingin tambah supply susu, baby hisap sebelah dan yg sebelah lagi perah. Dan bila baby dah habis hisap, boleh perah susu lebih kurang 5 ke 10 minit lagi (walaupun tak ada susu keluar, teruskan perah utk tambah rangsangan bagi meningkatkan penghasilan susu)

6) tidur bersama bayi agar dapat meningkatkan penghasilan susu, dan susukan bayi kerap di waktu malam.

7) sekiranya ingin ambil suplemen utk tambah susu, perlu diingat tidak semua suplemen berkesan utk ibu, dan bila dah ambil suplemen perlu kerap perah juga ye..jgn biar breast tu bengkak tanpa diperah kerana susu akan jadi kurang...

8) ini yg paling penting, berdoa dan terus berdoa agar Allah mudahkan penyusuan anak kita, kerana rezeki itu datang dari DIA yg Maha Pemurah lagi Penyayang

Agar perkongsian inj dapat memberi maklumat mengenai sgm kali ini kepada ibu2 yg tidak berkesempatan menyertainya.

Assalamualaikum....


No comments:

Post a Comment