Mar 12, 2012

Limpahan kasih... dalam susu ibu

Susu ibu adalah hak semua bayi yang lahir ke dunia ini....kerana ia merupakan makanan yang memberikan rasa kasih dan cinta seorang ibu kepada anaknya

MENGAPA SUSU IBU DINAMAKAN MAKANAN YANG BOLEH MEMBERIKAN CINTA, KASIH DAN SAYANG YANG TIDAK TERHINGGA?

ALLAH MAHA BERKUASA DAN MAHA AGUNG. SETIAP CIPTAAN-NYA MELAMBANGKAN KEAGUNGAN-NYA

PERNAH DENGAR HORMON OXYTOCIN?
IKUTI 5 FAKTA TENTANG OXYTOCIN

Oxytocin adalah hormon yang dirembeskan daripada otak. Hormon oxytocin ini (menurut kajian) digelar juga sebagai hormon cinta, hormon ketenangan dan hormon pemulihan.

Oxytocin bukan hanya ada pada wanita, ia juga ada pada lelaki.

Oxytocin menjalankan tugasnya di otak, payudara dan rahim (uterus).

Oxytocin secara umumnya, bertindak meningkatkan rasa ketenangan, penerimaan dan memupuk kasih sayang.

Oxytocin yang dirembes semasa penyusuan dapat memberikan ketenangan kepada si ibu dan bayi, mengurangkan stress si ibu dan meningkatkan keinginan ibu untuk berinteraksi dengan bayinya.



BAGAIMANA OXYTOCIN DIREMBES SEMASA PENYUSUAN, SEKALIGUS MERANGSANG PENGELUARAN SUSU?

Bermula dengan bayi menghisap susu pada areola dan puting.
Oleh itu, semasa menyusu amatlah penting untuk memastikan posisi bayi dan pelekapan bayi adalah betul. Ini kerana posisi bayi yang betul menentukan pelekapan yang betul, agar rangsangan pada areola dan puting adalah di tahap optima, bagi merangsang penghasilan oxytocin.

Rangsangan pada areola dan puting akan merangsang perembesan oxytocin daripada kelenjar pituitari di otak. Apabila oxytocin dirembeskan, maka ia akan menggalakkan pengeluaran susu oleh payudara.

Selain daripada meningkatkan pengeluaran susu, oxytocin juga mempercepatkan pengecutan rahim selepas bersalin. Oleh itu, risiko pendarahan selepas bersalin juga berkurangan.

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENINGKATKAN PENGHASILAN OXYTOCIN SEMASA MEMERAH SUSU DI PEJABAT ?

Mendengar tangisan bayi (rakam tangisan bayi anda, agar boleh diperdengarkan semasa memerah susu)

Mengingati gelagat bayi anda

Melihat gambar bayi anda

Memerah susu pada jam/waktu yang sama dengan bayi kita menyusu

APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PENGHASILAN OXYTOCIN?

Takut

Risau

Sakit

Perasaan malu




Diharap dengan perkongsian di atas dapat menyemarakkan lagi semangat ibu2 untuk menyusukan bayi., serta membantu ibu2 menjayakan penyusuan ibu selama 2 tahun. Insya Allah...

No comments:

Post a Comment